PENGALAMAN INTERVIEW UPSI ISMP SEJARAH - 2024
hai semua , intro dlu la kan .
nama saya Anlina ( Sabah ) , jadi saya tulis blog ni sekadar perkongsian sja, sangat jauh untuk meninggi diri apatah lagi minta puji .😁
tahun lalu saya berjaya mendapat panggilan temuduga upsi . oleh kerana , saya orang sabah , jadi saya temuduga di UMS ( FAKULTI EKONOMI DAN PERNIAGAAN ) .
soalan yang ditanya oleh Panel penemu duga
1. perkenalkan diri
2. bagaimana Kesultanan Melayu Melaka membawa impak kepada kerajaan Malaysia hari ini
3. cara menarik minat pelajar dalam bidang sukan
4. How can we encourage people to keep the environment clean?
pakaian
outfit saya masa interview , saya pakai baju kurung dan kasut bertumit hitam .
pandangan : oleh kerana , ini kali kedua saya menghadiri temuduga upu , jadi tidak lah terasa sangat nervous tu . Namun, panel temuduga waktu itu sangat baik , peramah dan membantu.
TIPS INTERVIEW :
Untuk adik-adik yang teringin nak masuk upsi , tips dari saya ialah yakin pada diri sendiri , pastikan ulangkaji soalan yang mungkin akan ditanya , sebab usaha tidak akan mengkhianati hasil . khususnya yang kurang mahir dalam bahasa inggeris ( mcm sia 😩) , pastikan pilih outfit yang akan meningkatkan compident kamu masa di interview . fail sijil pastikan disusun rapi , semua dokumen yang di minta itu pastikan sudah di print . suara kuat tapi bukan menengking , postur badan tegak , sopan dan sentiasa senyum.
.
.
.
ok tu ja dahulu yang saya mahu kongsi , semoga pembaca mendapat info dari tulisan ini .
any soalan boleh komen ruangan ini or KLIK LINk video youtube sia .
Ulasan
Catat Ulasan