MITOS SECEKAK KERTAS TISU stpm

SINOPSIS

Secara umumnya mitos di hubungkaitkan dengan cerita rakyat bersifat prosa yang diasosiasikan dengan kepercayaan agama. Mitos biasanya memerikan perlakuan tuhan dan para dewa atau makhluk suci dengan peristiwa yang dipercayai benar oleh masyarakat berkenaan. Peristiwa dalam mitos berlaku pada zaman silam, iaitu pada zaman sebelum atau pada awal kewujudan manusia. Oleh sebab kaitannya yang rapat dengan agama dan kepercayaan, maka mitos bersifat suci dan serius. Mitos berfungsi untuk mengesahkan atau menjelaskan beberapa kejadian alam. Mitos berdasarkan pemahaman sekarang bersifat popular dan diberi tafsiran yang berbeza, iaitu sesuatu yang dongeng atau tidak benar . Sehubungan dengan itu, apabila kita meneliti cerpen “Mitos Secekak Kertas Tisu” seolah-olah pengarang cuba mewujudkan suatu peristiwa yang dipercayai benar. Yakni kebenaran tentang kejatuhan nilai mata wang. Pengarang secara tidak langsung cuba mengesahkan peristiwa tersebut. Walau bagaimanapun, dalam sesetengah keadaan apa yang dinyatakan oleh pengarang dalam cerpen ini adalah dongeng atau tidak benar. Hal ini boleh dilihat apabila pada permulaan cerpen, pengarang menyatakan bahawa ada orang mengatakan “dia” jatuh dari awan kumulus, awan sirus, awan stratus dan dari sebuah satelit. Seterusnya pengarang menjelaskan bahawa “ibu” mengatakan “dia” jatuh dari tingkat seribu satu sebuah menara cinta, manakala “ayah” mengatakan bahawa “dia” jatuh dari kemuncak sebuah gunung kasih sayang yang baru terbuhul. Daripada apa yang dinyatakan di atas, didapati seolah-olah pengarang tidak pasti dari mana “dia” jatuh. Dengan kata lain apa yang disebut oleh pengarang pada peringkat awal cerpen ini adalah dongeng semata-mata. Penggunaan “kata orang, kata ibu, kata ayah” yang berulang-ulang oleh pengarang dalam cerpen ini menggambarkan seolaholah apa yang dikatakan itu hanyalah khabar angin; yang jauh dari kebenaran dan bersifat dongeng semata-mata. Walaupun jauh dari kebenaran dan bersifat dongeng; ianya dipercayai benar. Secara umumnya, cerpen ini cuba memperkatakan tentang kejatuhan nilai mata wang. Kejatuhan nilai mata wang boleh terjadi pada bila-bila masa, dalam keadaan apa jua sekalipun walaupun berada pada kedudukan yang tinggi mahupun ianya disayangi dengan sepenuh jiwa. Kejatuhan nilai mata wang boleh juga berlaku di mana-mana sahaja, sama ada di negara maju, membangun atau miskin. Mata wang yang ada terdiri dari pelbagai rupa dan bentuk. Ianya digunakan oleh pelbagai pihak untuk dimanipulasikan bagi kepentingan masing-masing. Mata wang sebenarnya hanyalah kertas yang tidak bernilai, yang sejarahnya bermula sejak zaman kegemilangan tamadun dunia, antaranya tamadun Sumeria, Tiongkok dan Yunani, malah ianya telah digunakan juga pada zaman tamadun Babylon, Assyria dan Hethit. Penggunaan mata wang secara jelasnya bermula pada zaman selepas Revolusi Industri Eropah dan penggunan secara meluas selepas Perang dunia Pertama, ketika semua negara yang kalah perang memerlukaan tunjang untuk membangunkan negara yang  musnah. Penggunaan mata wang banyak menpengaruhi kehidupan manusia pada zaman moden dengan segala tipu daya dan tipu helahnya. Mata wang juga melahirkan golongan manusia yang tamak haloba dan bernafsu serakah. Golongan ini jugalah yang boleh menyebabkan kejatuhan nilai mata wang. Sehubungan dengan itu, kejatuhan nilai mata wang boleh menyebabkan kejatuhan sebuah kerajaan atau negara; atau menjadikan sesebuah negara itu muflis. Selain daripada itu juga, kejatuhan nilai mata wang boleh menjejaskan kehidupan seseorang sama ada orang itu kaya atau miskin. Ianya boleh menyebabkan seseorang itu menjadi gila, sasau, diserang histeria, hampa, kecewa, putus asa dan ada yang membunuh diri. Walau bagaimanapun, orang yang mempunyai kekuatan iman dan meyakini akan kekuasaan Allah yang memberi rezeki, tidak akan terjejas dengan kejatuhan nilai mata wang.

TEMA

Bertemakan tentang masalah ekonomi sosial semasa iaitu kejatuhan nilai mata wang.

contohnya : 

“Semua penghuni kampung ini terjejas. Mereka menjadi hampa, kecewa, putus asa, histeria, dan ada yang membunuh diri. Hanya kerana peka terhadap dia yang jatuh. (hlm. 136) 

… Aku tiba-tiba berasa fana dalam kekuasan Allah yang memberi rezki seluruh makhluk! (hlm. 137)

PERSOALAN

  1. Persoalan tentang kejatuhan nilai mata wang (ms 131) 
  2. Persoalan tentang keyakinan kepada kekuasaan Allah SWT atau bertawakal (ms 137 )
  3. Persoalan tentang keteguhan iman (ms 129 /134 /137 )
  4. Persoalan tentang keinsafan (ms 377)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PENGALAMAN INTERVIEW UPSI ISMP SEJARAH - 2024