MITOS SECEKAK KERTAS TISU stpm
SINOPSIS Secara umumnya mitos di hubungkaitkan dengan cerita rakyat bersifat prosa yang diasosiasikan dengan kepercayaan agama. Mitos biasanya memerikan perlakuan tuhan dan para dewa atau makhluk suci dengan peristiwa yang dipercayai benar oleh masyarakat berkenaan. Peristiwa dalam mitos berlaku pada zaman silam, iaitu pada zaman sebelum atau pada awal kewujudan manusia. Oleh sebab kaitannya yang rapat dengan agama dan kepercayaan, maka mitos bersifat suci dan serius. Mitos berfungsi untuk mengesahkan atau menjelaskan beberapa kejadian alam. Mitos berdasarkan pemahaman sekarang bersifat popular dan diberi tafsiran yang berbeza, iaitu sesuatu yang dongeng atau tidak benar . Sehubungan dengan itu, apabila kita meneliti cerpen “Mitos Secekak Kertas Tisu” seolah-olah pengarang cuba mewujudkan suatu peristiwa yang dipercayai benar. Yakni kebenaran tentang kejatuhan nilai mata wang. Pengarang secara tidak langsung cuba mengesahkan peristiwa tersebut. Walau bagaimanapun, dalam sesetengah kea...